15 june 2008

Posted on June 14, 2008 by ustad.
Categories: Uncategorized.

Semoga Allah merahmati kwn2 sumer..
taun ni musim panas d jepun agak cpt..kalau diikutkn bln 6 taun2 lps blum lg panas sesangat..neway ni r bukti hebatnya Kholiq pencipta kita..stiap peredaran bulan bintang, pertukaran siang malam, pertukaran musim..sumer Dia yg control..kalau Allah turnkn hujan terus menerus, kumpulknlah seluruh kerajaan, ahli bijak pandai, saintis..x kn ada satu kuasa pn yg mampu berhentikannya..

terigt satu kisah time sek ren dulu, muallim citer..suatu ketika Luqman Hakim tlh masuk ke pasar dgn mnaiki seekor keldai, manakala anaknya mengikut dr blakang. Melihat tingkah laku Luqman tu, stengah org pn brkata,

‘Lihat tu orang tua yg x brtimbang rasa, sedangkn anaknya dibiarkan brjalan kaki."

Setelah mndengarkn desas-desus dr org ramai maka Luqman pn turun dr keldainya tu lalu diletakkn anaknya d atas keldai itu. Melihat camtu, org d pasar tu brkata pula,

"Lihat org tuanya brjalan kaki sdgkn anaknya sedap mnaiki keldai itu, sungguh krg
adab anak itu."

Sbaik saja mndengar kata-kata tu, Luqman pn trus naik ke atas blkg keldai tu brsama anaknya. Then orang ramai pula brkata lagi,

"Lihat tu dua org mnaiki seekor keldai, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana x suka mndgr prcakapan org, maka Luqman dan anaknya turun dr keldai tu, then trdgr lg suara org berkata,

"Dua org brjalan kaki, sdgkn himar itu x dikenderai."

Dlm prjalanan pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya ttg sikap manusia dan telatah mrk, katanya,

"Sesungguhnya x terlepas seseorang itu dari prcakapan manusia. Maka org yg brakal tiadalh dia mngambil prtimbangan mlainkn kpd Allah saja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yg mnjadi prtimbangannya dlm tiap2 satu."

Kemudian Luqman Hakim brpesan kpd anaknya, katanya,

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yg halal spy kamu x menjadi fakir. Sesungguhnya
tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan
meringan-ringankannya."

wallahuaklam..